Kamis, 17 Maret 2016

Cinta alam sekitar

Menyemai Cinta Terhadap Alam Sekitar

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Menyemai Cinta Alam Sekitar Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana kita boleh menyemaikan rasa cinta kita kepada alam sekitar? Sebenarnya ia perlu penerapan yang sama seperti cintanya kita kepada seseorang.

"Tak kenal maka tak cinta..."
jelas sekali, sebelum kita mencintai seseorang sudah pasti kita perlu mengenalinya terlebih dahulu. Oleh itu untuk mencintai alam sekitar, kita juga perlu mengenali dan memahami tentang alam sekitar.

Alam sekitar memeliputi segala benda bernyawa dan tidak bernyawa yang wujud secara semula jadi di bumi atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi dua komponen utama:
  1. Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batuan dan sebagainya. Juga meliputi fenomena semula jadi yang berlaku.
  2. Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, api, iklim, tenaga, sinaran, cas elektrik dan graviti yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Marilah bersama-sama kita mula menyemaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Cinta Dari Pandangan Mata

"Dari mata turun ke hati..." Maka lihatlah akan keindahan alam ini. Sudah menjadi lumrah naluri setiap manusia pasti akan suka dan terpikat dengan kecantikan. Namun keindahan alam ini belum cukup dapat menimbulkan rasa cinta yang mendalam. Hilang sahaja dari pandangan mata, tiada perasaan sayang dan kesedihan kerana rasa cinta yang sebenar-benarnya datang dari hati setelah mengenali dan memahami kepentingannya kepada kehidupan kita.

Menyemai Cinta Alam Sekitar
Menyemai Cinta Alam Sekitar

Mengenali Dan Memahami Cinta

Lihatlah alam disekelililng kita. Kenapa perlu ada pokok, binatang, lembah, bukit, gunung, sungai, tasik dan sebagainya? Kenali fungsi setiap satu darinya. Lihat pula kepada bencana-bencana alam yang berlaku. Kenapa dan bagaimana boleh berlakunya bencana ini? Fahami kepentingan alam sekitar ini dalam kehidupan kita.

Apabila semakin kita mengenali dan memahami alam sekitar pastinya akan timbul rasa cinta dan sayang yang mendalam. Alam sekitar berperanan memberi kehidupan yang lebih sempurna, sihat, aman dan sejahtera kepada kita. Melalui kecantikan dan keindahannya memberi ketenangan, kedamaian dan inspirasi di hati dan minda.

Menyemai Cinta Alam Sekitar
Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menjaga Dan Memelihara Cinta

Apabila cinta sudah mula berputik dihati maka barulah timbulnya rasa sayang dan ikhlas untuk menjaga dan memeliharanya. Memelihara alam sekitar bukan sekadar perlu dilakukan oleh pihak berwajib dan secara besar-besaran. Kita juga mampu melakukannya diruang lingkup persekitaran kita.

Antara amalan mudah menjaga dan memelihara alam sekitar adalah :
  • Sampah dan sisa buangan dibuang di tempat yang betul.
  • Kurangkan pembaziran sisa buangan.
  • Mengasingkan sampah mengikut jenis dan amalkan kitar semula.
  • Mengindah dan menghijaukan kawasan sekitar rumah.
  • Menanam lebih banyak pokok dan berkebun untuk keperluan sendiri.
  • Gunakan baja kompos dan organik.
  • Penjimatan tenaga dan air
  • Gunakan peralatan mesra alam yang tidak mencemarkan.
Menyemai Cinta Alam Sekitar
Menyemai Cinta Alam Sekitar

Cinta Semakin Mendalam

Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cita kepada alam sekitar, selalulah kita bersamanya. Kunjungilah tempat-tempat alam semulajadi yang indah, nyaman, segar dan menenangkan ini. Beriadah bersama keluarga sambil menikmati keistimewaan dan keindahan alam sekitar yang kita cintai.

Antaranya menikmati kesejukan air terjun, mendaki gunung, bercanda di tepian pantai, menyelam ke dasar laut dan banyak lagi lokasi alam semulajadi yang boleh kita nikmati. Harus diingat tujuan kita... bukan sekadar merasai dan menikmati alam sekitar ini tetapi menjaga dan memeliharanya kerana kita tidak akan sesekali memusnahkan dan mencacatkan sesuatu yang kita cintai.

Menyemai Cinta Alam Sekitar
Menyemai Cinta Alam Sekitar

Cinta Alam Sekitar - Cinta Kepada Pencipta

Alam sekitar yang indah dan sempurna ini dicipta lengkap untuk kehidupan semua makhluk dimuka bumi ini. Setiap satu darinya punya fungsi dan peranan yang tersendiri dan penting untuk kestabilan alam. Jika kita lihat dan fahaminya... pasti akan mengagumi kebijaksaaan dan kekuasaan pencipta diri kita dan alam ini.

Diciptanya kita sebagai ciptaan teristimewa yang punya akal dan nafsu sebagai khalifah di muka bumi ini. Adalah menjadi kewajiban kita untuk menjaga dan memelihara setiap ciptaanNya. Maka mencintai alam sekitar samalah seperti kita mencintai penciptanya. Hanya Dia yang satu... Maha Mencipta dan Maha Bijaksana... Allah SWT.

Menyemai Cinta Alam Sekitar

Menyemai Cinta Alam Sekitar




http://relakssminda.blogspot.com/2014/11/menyemai-cinta-alam-sekitar.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar